Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan | Varian | Contoh perkataan | contoh penggunaan |
ke- | ke | kerabat, ketladak, kekasih | Kerabat diraja itu makan di warung sahaja. |
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak | |||
peN- | pe- | pewangi, peragut, pesalah | Orang ramai membelasahperagut rantai itu sehingga pengsan. |
pem- | pemfatwa, pemproses, pemberontak | Mesinpemprosessawit itu mahal harganya. | |
pen- | pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat | Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari | |
peng- | pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh | Pengacau itu menggangupengasuhkanak-kanak setiap hari. | |
penge- | pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom | Pengebomberani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri | |
pel- | pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon | Pelaburdiingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang. | |
peR- | per | pertapa | Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya. |
juru- | juru- | jurutaip, jururunding, jurubahasa | Semua tugas diserahkan kepadajurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan. |
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) | dwi- | dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran | Majalah itu diterbitkan dalamdwibahasaiaitu Tamil dan Inggeris. |
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-) | eka- | ekabahasa, ekakaum, ekafungsi | Pengunaanekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara |
pasca-(dirujuk kepada `selepas') | pasca- | pascasiswazah | Pengajianpascasiswazahmerujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran. |
pra-(menunjukkan makna `sebelum') | pra- | prasejarah, prakemerdekaan | Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusiaprasejarah. |
swa-menunjukkan maksud `sendiri') | swa- | swalayan, swamodal, swakarya | Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoranswalayan itu. |
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran | contoh perkataan |
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk) | seniman, budiman |
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) | olahragawan, usahawan |
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) | pragawati, olahragawati |
-an | pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan |
Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan | contoh perkataan |
ke....an | kezaliman, kesenangan |
pe...an | peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan |
peN...an | penyusunan, pengurangan |
Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan | contoh perkataan |
-el- | telunjuk, kelengkeng, kelabut |
-er- | keruping, seruling, serabut |
-em- | kemuning, kemuncup, kemelut |
No comments:
Post a Comment