♥♥♥

Friday, July 2, 2010

Novel tingkatan 4 bagi tahun 2010

Tajuk novel: PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Pengarang : Deana Yusof

Biodata Pengarang:
Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor.
kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada kuantiti.
SINOPSIS NOVEL PAPA

Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akan kemesraan papa dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumah mereka menyediakan minuman petang. Ju berasa kagum tetapi jengkel melihat kehangatan hubungan tersebut meskipun mereka sudah lama mendirikan rumahtangga.

Mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan papa Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu Juliana bahawa mamanya sedang mengandung anak yang kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik Noraini bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun, kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada papa, beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin menimang cahaya mata kedua.

Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentang risiko yang bakal dihadapi oleh sahabatnya itu. Namun Intan Marliana tetap dengan pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan cahaya mata demi cintanya yang mendalam kepada Jefri. Julia yang mendengar perbualan tersebut perasan akan perubahan air muka mamanya. Hal ini menyebabkan Julia ingin tertanya-tanya dan mencari jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini menceritakan sejarah kelahiran Julia yang tidak cukup bulan dan keadaan mamanya yang pengsan serta betapa susahnya untuk menjaga Ju.

Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka Jefri menyediakan dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan Marliana dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala saat melahirkan tiba.Doktor memaklumkan bahawa mama perlu menjalani pembedahan kerana komplikasi terhadap kandungannya itu.Akhirnya, bayi kembar lelaki yang melekat dari bahagian kepala hingga punggung dilahirkan melalui pembedahan. Namun, tidak panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala Intan Marliana pula koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan Ahmad dan Muhammad.

Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinanti-nantikan pergi menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat Intan Marliana menguruskan kehidupan dan tidak jemu-jemu menjaga dan mendoakan agar isterinya pulih seperti sediakala. Ketika di rumah, Ju menatap foto-foto lama milik mama dan papa sambil membayangkan kisah mereka semasa usia muda. Sepucuk surat yang pernah dikirimkan oleh papa kepada mama dibaca.Melalui surat itu, Ju mengetahui betapa tingginya kasih sayang papa terhadap mama.

Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Papa benar-benar menentang akan hubungan tersebut memandangkan Rasylan merupakan anak angkat yang status keturunannya serta asal-usulnya tidak diketahui.Ju dan Rasylan memperoleh keputusan cemerlan dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa(UIA).Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan pelajar beliau yang bernama Aishah. Aishah, sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. malah ,Ju telah beberapa kali terserempak mereka berbual-bual di kedai makanan segera.

Hakikatnya, papa mula tertarik kepada Aishah dan ingin memperisterikannya. Hasrat hatinya disuarakan kepada mak cik Noraini. Perbualan tersebut telah didengari oleh Ju dan bermula konflik antara mereka kerana Ju berasa kurang senang dengan hasrat papa yang ingin berkahwin lagi. kata-kata Ju menimbulkan kemarahan papa. Ju juga telah ditampar oleh papa. Akhirnya konflik tersebut dapat dileraikan apabila papa berbincang dari hati ke hati dengan Ju.Ju bersetuju kerana kasihan melihat papa yang kesunyian sepanjang mama koma.

Aishah pandai mengambil hati Ju dan sering bertanya khabar dan mengajak bermain tenis.Malah Aisyah membawa Ju pulang ke rumahnya dan ketika itu barulah Ju tahu bahawa Aisyah anak orang berada.Jefri pula tidak jemu-jemu "berbual-bual" dengan isterinya tentang masa depan anak mereka.

Papa selamat diijabkabulkan dan Ju pula akhirnya berjaya menamatkan kursus di UIA.

Intan Marliana telah bertahun-tahun koma akhirnya telah membuka mata di biliknya. Ju terkejut dan berasa amat gembira. Papa hanya tersenyum tenang menghadapi situasi tersebut. Namun keadaan bertukar sepi apabila Aishah masuk ke bilik itu sambil memegang bahu papa. Situasi tersebut menyebabkan papa serba salah lalu menceritakan keadaan yang sebenar. Mama kelihatan marah mendengar berita tersebut dan mendengus dengan kuat sambil melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya mama meninggal dunia selepas lebih tiga tahun koma.

TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

Watak dan perwatakan

watak utama dalam novel ini ialah Intan Juliana(Ju). pada permulaan cerita, beliau dgambarkan berusia 16 tahun dan pada peleraian cerita pula digambarkan berusia 19 tahun. Fizikalnya mempunyai ketinggian 160 cm dan merupakan anak sulung kepada Jeffri dan Intan Marliana.


Ju meneruskan pengajian di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Perwatakan dalaman Intan Juliana:
1. taat akan ibu bapa buktinya dia sentiasa berusaha menggembirakan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam pelajaran.

2. taat akan agama buktinya dia solat

3. penyayang buktinya dia menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan makcik noraini yang merupakan pembantu rumah

4. berdikari buktinya dia tinggal di asrama semasa menuntut di UIA walaupun rumahnya berdekatan dengan tempat pengajiannya.

5. sensitif buktinya ketika dia mula-mula mendengar hasrat ayahnya ingin berkahwin lain, dia benar-benar terasa bahawa ayahnya sudah tidak sayang akan ibunya lagi. hal ini menyebabkan Ju menentang hasrat ayahnya itu.

Saturday, April 24, 2010

Aktiviti Kelab Bahasa Melayu



Aktiviti : Bina Teka Silang Kata
Masa : 2.30 - 3.45
Hari : Rabu
Tarikh : 14 Mac 2010
Tempat : 4 Gemilang

Aktiviti Kelab Bahasa Melayu



Pada 31 Mac Kelab Bahasa Melayu telah menjalankan aktiviti pembendaharaan kata.
Objektifnya adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam pembendaharaan kata.

Tajuk penting karangan SPM 2009

Tajuk penting karangan SPM 2009

Antara tajuk penting yang dikutip dari buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang masih belum disoal dalam karangan SPM ialah:

i. Isu pendidikan

ii. Pelancongan

iii. Pemeliharaan bangunan bersejarah

iv. Pelaburan dan tabungan

Tajuk-tajuk berkaitan isu semasa yang menjadi tumpuan sepanjang tahun 2008 pula adalah termasuk:

i. Kenaikan harga barang-barang

ii. Isu buli

iii. Pendatang tanpa izin

iv. Penggunaan bahasa Inggeris

v. Masalah sosial dalam kalangan remaja

Pelajar dinasihati supaya mengambil serius tajuk-tajuk tersebut agar lebih mahir. Cuba pelbagaikan bentuk soalan sama ada dalam bentuk karangan perbincangan, fakta, surat kiriman, ucapan dan ceramah, wawancara dan sebagainya.

Pelajar juga dinasihati supaya mengulang kaji tajuk-tajuk lain yang tidak dinyatakan di sini bagi mengelakkan kejutan sekiranya tajuk yang diramalkan tidak dikeluarkan dalam peperiksaan SPM yang akan datang. Apapun, kami sentiasa berusaha untuk yang terbaik kepada para pelajar.

Nota Koserto Terakhir

SINOPSIS:

Novel ini mengisahkan Hilmi datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa saudaranya yang bernama Datuk Johari. Dia berjaya menemui bapa saudaranya dan tinggal di rumah tersebut sebagai tukang kebun. Ketika keluarga Datuk Johari bercuti, Hilmi mula memberanikan diri bermain piano. Sejak itulah bakatnya mula berkembang dan dia mendalami bidang muzik daripada pakcik Bakar. Hubungan Hilmi dengan Hayati begitu akrab dan tidak disenangi oleh Datin Salmah. Oleh sebab selalu bertemu anak pakcik Bakar iaitu Azizah, akhirnya berputik perasaan cinta lalu mereka berumahtangga.

Azizah merupakan seorang yang materialistik menyebabkan hubungannya dengan Hilmi berakhir dengan penceraian menyebabkan Hilmi tertekan. Ketika pertunjukan Orkes Perdana akan berlangsung, Hilmi tersungkur dan tempatnya digantikan oleh Hayati. Hilmi dimasukkan ke hospital. Tidak beberapa lama kemudian, Hilmi meninggal dunia. Datuk Johari terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak kandungnya. Akhirnya Datuk Johari juga meninggal dan Datin Salmah insaf.


TEMA:

Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.

Berikut ialah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang gigih.

1.Gigih menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah.

2. Gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang sama terpaksa membahagikan masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak sehingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

3. Gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air.

4. Gigih menghadapi masalah rumah tangganyawalaupun akhirnya terpaksa berpisah dengan isterinya disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan.

5. Gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa mengabaikan kesihatan dirinya sendiri.


PERSOALAN/ MESEJ:

1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita – citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya.

2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.

3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup:Contohnya Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.

4. Semangat kerjasama yang membawa kejayaan:Contohnya kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian.

5. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat: Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi.

6. Gaya hidup segolongan masyarakat yang bersifat kebaratan: Contohnya Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” manakala rumah datuk Johari terdapat sebuah “mini bar”.

7. Sikap suami atau isteri yang curang: Contohnya walaupun sudah bersuami, Hayati masih mencintai Hilmi dan bertemu Hilmi sebelum ke luar negara bersama dengan Mohsin.

8. Sikap sesetengah golongan masyarakat yang masih mempercayai perkara karut dan khurafat: Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hilmi.


NILAI/ NILAI MORAL:

1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.

2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama.

3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk “Hidup sesudah mati”.

4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat pujian.

5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta bersikap bongkak dan mementingkan darjat.

6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun beliau telah bersuamikan Mohsin.

7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan mengikut kemahuan ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin.


PENGAJARAN:

1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.

2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut Berjaya.

3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih.

4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita:Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin.

5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami:Contohnya walaupun sudah berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi.

6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal.

7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup sesudah mati”.


WATAK DAN PERWATAKAN:

A. Hilmi

1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah.

2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.

3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar.

4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta menarik.

5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim.

6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha mencapai impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya dengan berusaha belajar muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang.

7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada.

8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya.


B. Datin Salmah:

1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati.

2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.

3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”.

4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya.

5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.

6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang.

7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas perkara yang telah dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah anak datuk Johari. Dia ingin menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu memelihara anak Hilmi.


C. Hayati

1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin.

2. Seorang yang cantik.

3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.

4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.

5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah.


D. Datuk Johari

1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi.

2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.

3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja.

4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah ‘mini bar’ di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras.

5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.

6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

Nota Bukit Kepong

SINOPSIS

Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat daripada ancaman pengganas komunis. Othman yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Keladi di Kulim Kedah berminat menjadi polis walaupun dilarang oleh ibunya. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah. Selepas itu dia memulakan perkhidmatan di Pagoh, Muar, Johor. Beberapa bulan kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Limah yang sedang hamil terpaksa di hantar balik ke kampung. Pada ketika itu ancaman pengganas komunis di Bukit Kepong dan ka wasan sekitarnya semakin hebat. Pada subuh 23 Februari 1950, 180 orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis. Pasukan polis diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis sangat kecil tetapi mereka berjuang dengan berani. Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk seorang anggota polis tambahan. Othman turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut kiri dan tangan kiri. Setelah menerima rawatan selama empat minggu di Hospital Muar, Othman dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang baru melahirkan anak lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendapat berita kononnya Othman telah meninggal dunia. Othman meletakkan jawatan apabila keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana kecederaannya tidak dapat dipulihkan.

TEMA DAN PERSOALAN

Aspek yang mendasari sesebuah karya kreatif ialah temanya. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tema dan persoalan yang diutarakan oleh pengarang.

Novel Bukit Kepong memaparkan tema keberanian dan semangat juang anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis. Dalam hal ini, 18 orang anggota polis dan penduduk Kampung Bukit Kepong mempertahankan kompleks polis Bukit Kepong daripada serangan komunis yang seramai 180 orang.

  • Persoalan-persoalan yang dikemukakan ialahsemangat kerjasama antara anggota polis dengan penduduk mukim Bukit Kepong. Penduduk kampung bekerjasama menjaga keselamatan dengan menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang.Bulleted List
  • Persoalan kedua yang ditimbulkan dalam novel ini ialah kekejaman pihak komunis. Pengganas komunis melakukan pelbagai kekejaman untuk menakutkan rakyat supaya menyokong perjuangan mereka untuk memerintah negara ini.
  • Persoalan ketiga pula ialah tanggungjawab dan ketaatan menjalankan tugas. Othman Yusof sedia ditempatkan di Rumah Pasung Bukit Kepong yang kekurangan anggota keselamatan. Dia juga sanggup meninggalkan isterinya yang sarat mengandung dan keluarg a demi tugas dan tanggungjawabnya kepada negara.
  • Persoalan yang terakhir ialah jasa yang tidak dihargai. Othman Yusuf yang banyak memberikan sumbangan terhadap keamanan negara seakan -akan tidak dihargai selepas peristiwa tragis itu. Othman sukar mendapat bantuan kaki palsu daripada pihak berwajib walaupun dia banyak berkorban untuk negara.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA

  • Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan cerita sesebuah novel. Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari.

Watak utama dalam novel Bukit Kepong ialah Othman Yusof. Dia merupakan anak sulung Mak Piah dan Pak Yusof. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Keladi, Kulim Kedah. Dia bersekolah hingga Darjah Tiga sebelum menjadi polis. Dia berkahwin dengan Limah yang ketika itu berusia 18 tahun. Perwatakan Othman digambarkan sebagi seorang yang cekal dan tabah. Othman menghadiri temuduga polis secara senyap-senyap supaya tidak diketahui oleh ibunya. Selain itu,Othman seorang yang penyayang. Othman menyayangi isterinya Limah dan sanggup berulang alik untuk melawatnya ketika Limah dirawat di hospital. Dia juga seorang yang berpendirian tegas dan berani. Othman berani berhadapan dengan musuh dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.Disamping itu, Othman merupakan seorang yang berdisiplin. Hal ini dapat dibuktikan apabila Othman dapat menyesuaikan diri dengan peraturan dan disiplin pasukan polis walaupun hanya sebulan menjalani latihan.

WATAK SAMPINGAN

  • Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan watak dan perwatakan watak sampingan dalam novel yang anda kaji.

Watak sampingan dalam novel Bukit Kepong ialah Limah. Limah merupakan isteri Othman. Limah merupakan anak kepada Lebai Karim dan Mak Jah. Dia berpindah ke Pagoh kerana mengikut suaminya bertugas. Perwatakan Limah dalam novel ini ialah dia seorang penyabar. Dia juga kuat agama dan hal ini dapat dilihat apabila dia mengajar anak-anak polis belajar mengaji. Limah bersabar apabila ditinggalkan suami kerana dipanggil untuk bertugas dengan segera. Selain itu, Limah juga seorang isteri yang patuh kepada suaminya. Dia sanggup bersama-sama suami dalam susah dan senang. Dia juga terlalu mengikut emosi. Limah mengalami sakit jiwa kerana menyangka suaminya telah terkorban.

JENIS-JENIS WATAK

  • Watak utama dan watak sampingan merupakan dua kategori watak yang penting untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kategori watak -watak berikut dengan contoh yang sesuai.


PROTAGONIS
  • Merupakan watak utama dalam sesebuah cerita.
  • Tidak semestinya hero.
  • Sentiasa berdepan dengan konflik khususnya dalam merealisasikan impiannya.
Contohnya : Othman Yusof
Huraiannya: Beliau berdepan dengan pelbagai konflik dalam merealisasikan imp iannya.Beliau terpaksa berdepan dengan tentangan penganas komunis untuk mewujudkan keamanan negara.

ANTAGONIS
  • Penentang kepada cita-cita dan perjuangan protagonis.
  • Memiliki nilai-nilai berlawanan dengan pembawaan watak utama.
Contoh watak : Madera, Kandar, Pengganas dan komunis yang lain
huraiannya : Mereka sentiasa menentang kesungguhan watak utama yang ingin memelihara keamanan negara.

DINAMIK
  • Mengalami perubahan sikap dan perlakuannya, sama ada daripada positif kepada negatif atau sebaliknya.
Contoh watak: Othman Yusof
Huraiannya: Perubahan dari segi kerjaya , beliau telah berubah daripada seorang penoreh getah
kepada seorang anggota polis.

STATIK
  • Watak yang tidak memperlihatkan sebarang perubahan, sama ada daripada segi aksi mahupun psikologinya.
Contoh watak: Madera, Kandar, Pengganas komunis yang lain
Huraiannya: Mereka kekal sebagai watak penjahat iaitu pengganas komunis.

PLOT

Huraikan binaan plot bagi novel yang anda kaji .

Plot novel Bukit Kepong dibina secara kronologi, iaitu susunan peristiwanya mengikuti urutan masa. Padapermulaan cerita, watak utama dan watak-watak sampingan diperkenalkan. Othman memulakan kehidupannya sebagai seorang anggota polis. Pada peringkat perkembangan cerita, kisah Othman Yusof dan anggota -anggota polis yang tamat latihan dihantar bertugas dibeberapa tempat. Konflik berlaku apabila O thman dihantar bertugas di Bukit Kepong kerana sering diancam oleh pengganas komunis. Cerita mencapai klimaks apabila berlakunya peristiwa serangan pengganas terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong. 18 orang anggota polis mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepon g daripada serangan 180 orang pengganas komunis. Plot menurun ke tahappeleraian apabila Othman dirawat di hospital sebelum dibenarkan pulang ke kampungnya. Kakinya yang cedera terpaksa dipotong. Dia meletakkan jawatan daripada pasukan polis dan menjadi penoreh.Isterinya Limah dihantar ke Hospital Bahagia.
Huraikan teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang anda kaji.

Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan pengarang dalam novel Bukit Kepong ini. Tekniksaspens dalam novel ini apabila bas yang dinaiki oleh Limah ditahan oleh segerombolan komunis. Pembaca tertanya -tanya akan hal yang berlaku kepada Limah dan penumpang yang lain. Pengarang juga menggunakan teknik kejutan apabila Limah seorang wanita yang lemah lembut dan pandai mengaj i itu mengalami sakit jiwa apabila menerima berita yang menyatakan bahawa suaminya, Othman Yusof terkorban. Pengarang juga menerapkan teknikmonolog dalam novelnya. AP Redzuan Alias misalnya, telah bermonolog untuk menenangkan hatinya apabila mendengar bun yi yang mencurigakan semasa berkawal. Selain itu, teknik monolog dalaman juga digunakan oleh pengarang. Othman bercakap sendirian ketika melihat beberapa bilah buluh yang dicacakkan ke tanah sewaktu dia memeriksa kawasan kebun getah.

LATAR

Latar Tempat:

1. Kampung Keladi, Kulim : Tempat Othman Yusof dilahirkan dan dibesarkan.
2. Rumah Pasung Sungai Petani : Othman dan rakan-rakannya menghadiri temu duga pemilihan
anggota polis.
3. Pusat Latihan Polis: Othman menjalani latihan menjadi seorang polis
4. Rumah Pasung Bukit Kepong: Peristiwa serangan komunis terhadap anggota pasukan polis dan membunuh sebahagian besar anggota polis yang bertugas.
5. Hospital Kulim: Othman Yusof melawat isterinya Limah yang dirawat kerana mengalami sakit mental.
6. Rumah pasung Kota Sarang Semut: Othman Yusof diarah melakukan tugas -tugas ringan kerana kecederaannya yang belum pulih.


LATAR MASA

1. Dari Jun 1948 hingga pertengahan tahun 1950:Masa darurat, iaitu tempoh pengganas komunis cuba merampas kuasa.
2. 23 Februari 1950: Peristiwa serangan ke Rumah Pasung Bukit Kepong oleh MASA pengganas komunis.
3. 24 Februari 1950: Dato’ Onn Jaafar, Menteri besar Johor melawat ke kawasan kejadian dan melawat pusara mereka yang gugur dalam pertempuran.

4. Waktu subuh : Rumah pasung Bukit Kepong musnah dibakar oleh komunis.

5. Malam Tahun Baru Cina: Ramai orang Cina yang bukan berasal dari tempat itu berkumpul di Kawasan Bukit Kepong.

6. Waktu Petang: Bas yang dinaiki oleh Limah dan penduduk kampung ditahan dan dibakar oleh komunis.

LATAR MASYARAKAT/ BUDAYA:

1. Masyarakat kampung yang hidup serba sederhana:Keluarga Othman Yusof hidup dalam keadaan serba sederhana di Kampung Keladi dan menjadikan kerja menoreh getah sebagai sumber pendapatan.
2. Masyarakat pasukan polis yang berjuang demi keamanan negara: Rumah Pasung Bukit Kepong menempatkan beberapa keluarga anggota polis yang terpaksa berhadapan dengan ancaman pihak komunis yang berterusan.
3. Masyarakat pengganas yang terdiri sebahagian besar daripada orang Cina dan segelintir orang Melayu.
4. Pihak pengganas: menjadikan orang Melayu sebagai tali barut dalam melaksanakan perjuangan untuk merampas kedaulatan tanah air daripada pihak berkuasa.
5. Masyarakat kampung yang menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis: Rakyat diugut untuk menyokong perjuangan komunis. Penganas merampas harta benda dan menghasut pekerja -pekerja ladang dan lombong supaya mogok.

6. Masyarakat petani : Bekerja di ladang getah dan sering diugut komunis supaya menjadi tali barut atau menyediakan bekalan makanan dan ubat.

NILAI

  • Nilai-nilai yang terkandung dalam sesebuah karya dapat menjadi teladan kepada pembaca. Bincangkan nilai -nilai yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.


1. Berani: Othman Yusof berani menghadapi ancaman pengganas komunis walaupun bilangan anggota polis sangat terhad.
2. Kasih sayang: Othman Yusof menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya yang mengalami penyakit mental dengan sentiasa menziarahinya semasa di hospital.
3. Semangat kerjasama: Orang-orang kampung dan pihak polis bekerjasama mengadakan kawalan untuk menjaga kampung daripada ancaman komunis.
4. Kesabaran: Othman sabar menghadapi dugaan sehingga kakinya terpaksa dipotong akibat kecederaan.
5. Bertanggungjawab: Othman merupakan suami yang bertanggungjawab kerana mengambil berat akan isterinya yang tidak pulang-pulang akibat bas yang dinaiki oleh Limah setelah diserang oleh pihak pengganas semasa pulang dari Muar.

PENGAJARAN

  • Terdapat banyak pengajaran yang dapat kita peroleh daripada karya sastera. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan pengajaran-pengajaran yang dapat anda peroleh.

1. Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman: Othman Yusof dan anggota -anggota polis Bukit Kepong berani mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas walaupun nyawa mereka dalam bahaya.
2. Kita perlulah mengamalkan sikap bekerjasama demi kesejahteraan: Orang kampung dan pihak polis Bukit Kepong menjalinkan kerjasama untuk mengawal kampung daripada ancaman komunis.
3. Kita hendaklah sentiasa bersabar alam menempuh kehidupan yang mencabar: Othman Yusof sentiasa sabar dalam menempuh dugaan demi dugaan seperti isterinya yang mengalami masalah mental.
4. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan: Othman akur dengan arahan supaya berpindah ke Bukit Kepong yang diancam oleh komunis.

FAEDAH DIPEROLEH DARIPADA MEMBACA NOVEL BUKIT KEPONG


Jelaskan faedah membaca novel berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

1. Mengandungi pelbagai nilai murni dan pengajaran:

  • Semangat cinta akan tanah air dalam mempertahankan kedaulatan negara yang ditonjolkan melalui watak Othman.
  • Semangat ini wajar diteladani oleh para pembaca.


2. Menambahkan pengetahuan tentang sesuatu perkara/ sejarah negara:

  • Novel Bukit Kepong mengutarakan peristiwa bersejarah seperti darurat dan ancaman komunis yang pernah berlaku di negara kita.
  • Antaranya, tindakan komunis menyerang Rumah Pasu ng Bukit Kepong. Mereka membunuh sebahagian besar anggota polis dan membakar rumah pasung.
  • Pembaca dapat menambahkan pengetahuannya dalam bidang sejarah.


3. Mempelajari gaya bahasa yang menarik dan berkesan.

  • Pengarang menggunakan pelbagai kata termasuk kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Arab . Pembaca dapat memperkayakan pengetahuan kosa katanya.
  • Pengarang juga menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa seperti simile, hiperbola, personifikasi , dan peribahasa.

4. Mempelajari teknikteknik mengarang novel.

  • Pembaca yang berminat menjadi novelis dapat mempelajari teknik -teknik mengarang secara tidak langsung.
  • Pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali dan saspens untuk mengembangkan plot. Unsur tersebut dapat menarik minat pembaca untuk membacanya hingga selesai.


GAYA BAHASA

1. Pemilihan diksi yang sesuai dengan latar cerita yang melibatkan peperangan antara
anggota polis dengan komunis: contohnya rumah pasung, berek kelamin, karbain, stengan , kubu, magazine, bom, peluru
2. Penggunaan Bahasa Asing: contohnya seperti:

  • Bahasa Inggeris ( sebab Inggeris menjajah Tanah Melayu ) ; Good morning, sir, cover, combat, wickom, holster, hammock, bugle, bush jacket, jungle squad, sur render.

  • Bahasa Arab ( sebab kebanyakan masyarakat berbangsa Melayu yang beragama Islam); Allah, Allahuakbar, Fatihah.

  • Bahasa pasar ( sebab penganas komunis berbangsa Cina kurang fasih berbahasa Melayu) ; lu orang, kasi tolong, gua, aya.

3. Unsur simile: contoh "bunyi awal bersahut-sahutan seperti bertih goreng"
4. Penggunaan peribahasa: contoh, nyawa-nyawa ikan, buah mulut, anak buah
5. Unsur hiperbola: contoh, darah memancut dengan banyaknya membasahi badannya ( untuk menggambarkan kedahsyatan suasana perang )
6. Unsur personifikasi: contohnya, "api marak menjilat minyak tanah tadi", "matahari sudah membenamkan dirinya di ufuk barat....."

Peribahasa

TINGKATAN 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

TINGKATAN 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

KATA SENDI NAMA


  • Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
  • Kata tugas lain tidak membentuk frasa
  • Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
  • Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
  • Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi NamaTugas/contoh
diMenunjukkan tempat (di pejabat)

Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)

keMenunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)

Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)

dariMenunjukkan tempat atu arah datang

Menunjukkan waktu atau masa

kepadaMenunjukkan sasaran/ditujukan

Menunjukkan bahagian sesuatu

Menunjukkan perubahan keadaan

daripadaMenunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)

Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)

Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)

padaMenunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)

Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)

Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)

untukMenunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)

Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)

bagiMenunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)

Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.

demimenunjukkan tujuan

menunjukkan urutan

Untuk menegaskan sesuatu

tentangMenunjukkan rujukan
denganMenunjukkan turut serta

Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan

Menunjukkan benda yang digunakan

Menunjukkan persamaan

sejak, semenjakMenjadi penanda waktu atau masa
terhadapMenunjukkan rujukan yang tentu
olehMenunjukkan pembuat dalam ayat pasif

Menunjukkan sebab

akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampaiMenunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bakMenunjukkan perbandingan

Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.

Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama

Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Contoh imbuhan pada awalan ayat

AwalanVarianContoh perkataancontoh penggunaan
ke-kekerabat, ketladak, kekasihKerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN-pe-pewangi, peragut, pesalahOrang ramai membelasahperagut rantai itu sehingga pengsan.

pem-pemfatwa, pemproses, pemberontakMesinpemprosessawit itu mahal harganya.

pen-pensyarah, penswastaan, penagih, pendapatPensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari

peng-pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuhPengacau itu menggangupengasuhkanak-kanak setiap hari.

penge-pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebomPengebomberani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri

pel-pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakonPelaburdiingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR-perpertapaPertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru-juru-jurutaip, jururunding, jurubahasaSemua tugas diserahkan kepadajurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)dwi-dwibahasa, dwifungsi, dwiedaranMajalah itu diterbitkan dalamdwibahasaiaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)eka-ekabahasa, ekakaum, ekafungsiPengunaanekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas')pasca-pascasiswazahPengajianpascasiswazahmerujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum')pra-prasejarah, prakemerdekaanAhli arekologi itu menggali tulang-temulang manusiaprasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri')swa-swalayan, swamodal, swakaryaPelanggan mengambil sendiri makanan di restoranswalayan itu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat

Akhirancontoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)pragawati, olahragawati
-anpakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat

Apitancontoh perkataan
ke....ankezaliman, kesenangan
pe...anperanan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...anpenyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat

sisipancontoh perkataan
-el-telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er-keruping, seruling, serabut
-em-kemuning, kemuncup, kemelut

Jenis-jenis Ayat

AYAT PENYATA

*Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.

contoh:

  • Mereka berkumpul di padang sekolah.
  • Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
  • Bangunan sekolah sudah tua.
  • Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.
AYAT TANYA

*Untuk bertanya atau menyoal.

*Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

i. Ayat tanya tanpa kata tanya

contoh:

  • Dia ke kedai lagi?
  • Dr. Mahathir ke White House?
  • Perempuan tua itu ibunya?.

ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama

contoh:

  • Cikgu kamu siapa?
  • Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
  • Saudari tinggal di mana?
  • Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel)
  • Cikgu kamu siapa?
  • Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
  • Saudari tingal di mana?
  • Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya degan partikel)
AYAT PERINTAH

*Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua.

*Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.

*Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan danpermintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolongdan sebagainya.

AYAT SILAAN

*Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.

*Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.

contoh:

  • Sila jawap surat ini sekarang
  • Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)

AYAT PERMINTAAN

*Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta.

*Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang samawalaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof